Kumpulan 66

Once A Scout, Always A Scout ImageChef Custom Images

Wednesday 11 July 2012

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2012




              Pada bulan Jun yang lalu, Pertubuhan Pengakap SK Chenderiang telah menghantar enam orang ahlinya untuk mengikuti perkhemahan tersebut di D'Alam Damai Camp Site, Sg.Cincin. Kesemua mereka telah lulus dan layak untuk memakai lencana Keris Gangsa. Mereka adalah terdiri daripada Mohammad Shahrun bin Ahmad (Tahun 5), Sarankumar a/l Wiswanathan (Tahun 4), Alif Aiman bin Kadir ( Tahun 4), Aiman Haiqal bin Parof (Tahun 4), Tuan Muhd Zikri Adib bin Tuan Mohd Zamri ( Tahun 3) dan Muhd Nabil Nazreen bin Muhd Nasir (Tahun 3). Mereka akan mengikuti ujian lencana Keris Perak yang akan di adakan pada bulan Oktober nanti.

Jutaan terima kasih kepada En. Faizul bin Ali, En.Mohd Taufik a/l Alang, En. Azhar bin Khalid, En. Hanifi bin Abdul, En. Emisham bin Azahari, Ustaz Rozali bin Ishak, Puan Norhafiza bt Ismail dan Puan Nadiah bt Mandor di atas pengorbanan masa dan tenaga anda semua demi anak-anak pengakap kita. Tidak lupa kepada Pen.Kanan Ko-Kurikulum, En. Amir Hamzah di atas sokongan kewangan serta Puan Guru Besar, Puan Hajjah Che Zainun yang sudi turun padang bersama meninjau perkhemahan anakanak pengakap kita. HANYA ALLAH YANG MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN TUAN PUAN SEMUA....


















Tuesday 10 July 2012

RAMBU PERTAMA SK CHENDERIANG



Salam Pengakap,

Buat pertama kalinya SK Chenderiang berjaya melahirkan Pengakap Rambu yang pertama. Afiq Aiman bin Abdul Rahman telah berjaya mencapai anugerah RAMBU setelah mengikuti Perkhemahan Anugerah Rambu Negeri Perak yang telah diadakan di MRSM Lenggong pada bulan Mac yang lalu. Syabas dan tahniah buat Afiq Aiman bin Abdul Rahman.Saya amat berbangga dengan pencapaian anda.

Ianya tidak akan tercapai tanpa usaha keras Mohd Afiq Aiman bin Abdul Rahman dan kerjasama semua guru-guru pengakap SKC yang sentiasa memberikan 100% kerjasama dan tenaga di dalam menyediakan Mohd Afiq Aiman bin Abdul Rahman.

Buat ahli Pengakap SKC yang lain, jadikanlah apa yang telah dicapai oleh Afiq Aiman bin Abdul Rahman sebagai contoh. Anda juga boleh berjaya mencapai anugerah RAMBU jika anda mahu berusaha. Mungkin anda akan menjadi Pengakap Rambu SKC yang berikutnya. RAMBU pada tahun hadapan akan diadakan di Kuala Kangsar.

Berjumpa anda di Kuala Kangsar.

"BUAT SEHABIS BAIK"

Dari meja Pemimpin,

En. Meor Azharry bin Aminurashid
Ketua Pemimpin,
Pertubuhan Pengakap SK Chenderiang.