Kumpulan 66

Once A Scout, Always A Scout ImageChef Custom Images

Tuesday 10 July 2012

RAMBU PERTAMA SK CHENDERIANG



Salam Pengakap,

Buat pertama kalinya SK Chenderiang berjaya melahirkan Pengakap Rambu yang pertama. Afiq Aiman bin Abdul Rahman telah berjaya mencapai anugerah RAMBU setelah mengikuti Perkhemahan Anugerah Rambu Negeri Perak yang telah diadakan di MRSM Lenggong pada bulan Mac yang lalu. Syabas dan tahniah buat Afiq Aiman bin Abdul Rahman.Saya amat berbangga dengan pencapaian anda.

Ianya tidak akan tercapai tanpa usaha keras Mohd Afiq Aiman bin Abdul Rahman dan kerjasama semua guru-guru pengakap SKC yang sentiasa memberikan 100% kerjasama dan tenaga di dalam menyediakan Mohd Afiq Aiman bin Abdul Rahman.

Buat ahli Pengakap SKC yang lain, jadikanlah apa yang telah dicapai oleh Afiq Aiman bin Abdul Rahman sebagai contoh. Anda juga boleh berjaya mencapai anugerah RAMBU jika anda mahu berusaha. Mungkin anda akan menjadi Pengakap Rambu SKC yang berikutnya. RAMBU pada tahun hadapan akan diadakan di Kuala Kangsar.

Berjumpa anda di Kuala Kangsar.

"BUAT SEHABIS BAIK"

Dari meja Pemimpin,

En. Meor Azharry bin Aminurashid
Ketua Pemimpin,
Pertubuhan Pengakap SK Chenderiang.

No comments:

Post a Comment